TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Malaysia. Rakyat Malaysia semua tahu siapa yang digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia. Kita diajar sejak dari kecil akan sejarah kemerdekaan Malaysia yang tercinta ini. Beliau ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Biodata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Nama : Tunku Abdul
Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Lahir : 08
Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda). Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar. 1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge. 1945 - Lulus LLB, dari Inner
Temple, London. Kerjaya : 1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O.
(Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB).
Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor. 1951
- Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 1956 - Rombongan
Merdeka ke London. 1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama. 1962 - Rombongan ke
London - Gagasan Malaysia. 1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963. 1970 - Bersara
dari Politik. 06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara
berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas
wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar. Itulah Tunku
Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Malaysia. Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan
yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku
Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Malaysia. Sepanjang hayatnya, Tunku telah
menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang,
seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang
tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang
Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup
Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama
pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga
berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran,
perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan
kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku Abdul
Rahman Bapa Kemerdekaan Malaysia. YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA(31 Ogos 1957-22
Sept 1970). Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan.
Kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi ia
hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat. Tunku Abdul Rahman Bapa
Kemerdekaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment